Sunday, April 3, 2011

Penulisan Projek untuk pelajar pntar cerdas

PENGENALAN KEPADA MASALAH
1.1 Pengenalan
Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku semasa proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Perubahan tingkah laku melalui pembelajaran iaitu perubahan yang lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum aktiviti pembelajaran melalui suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih dikenali sebagai kognitif. Apa yang penting dalam proses pembelajaran ialah hasil yang diperolehi selepas sesuatu proses itu dijalankan.
Menurut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.
Manakala mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
Seterusnya pembelajaran itu merupakan satu proses yang berterusan dimana ia boleh berlaku secara formal atau tak formal. Pembelajaran atau pendidikan secara formal biasanya akan berlaku di sekolah manakal pembelajaran tidak formal ialah pembelajaran melalui rakan sebaya, keluarga, media massa atau persekitaran. Pembelajaran juga mempunyai teori yang tersendiri.

Penulisan ilmiah ciri-ciri dan keperluan kanak-kanak pintar cerdas

CIRI-CIRI DAN KEPERLUAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS ( CHARACTERISTICS AND NEEDS OF GIFTED CHILDREN)

1.0  Takrifan Pintar Cerdas

Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal. Pintar cerdas seringkali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas.
Pintar cerdas menurut Susan K. Golant (1991) di dalam bukunya The Joys and Cahallenges of Rising a Gifted Childs, kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, sangat curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap persikataran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat untuk mengahsilkan sesuatu idea.
Kamus Dewan Edisi  Keempat pula mengistilahkan pintar sebagai cekap dan pandai. Cerdas pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Disamping itu sekumpulan ahli biologi juga telah mendefinisikan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang dimiliki oelh seseorang individu untuk melakukan daptasi dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan di persekitaran.